Powered by Blogger.

Monday 23 June 2014

Mesyuarat Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H

Bertempat di bilik mesyuarat PJI UiTM Perlis, telah berlangsung mesyuarat pelarasan akhir Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H, diantara AJK dalaman UiTM, ADUN Simpang Empat, Wakil pejabat mufti Perlis, Wakil JAIPS, wakil Jupem. Mesyuarat hari ini merupakan kesinambungan daripada siri mesyuarat yang telah di adakan bagi menjayakan program pada tahun ini.

Untuk makluman, Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H akan diadakan selama sehari setengah bermula pada petang khamis 26 Jun 2014 dengan aktiviti Gotong Royong membersihkan masjid Amer Fawwaz dan sekitarnya.

Pada Jumaat 27 Jun 2014 pula dijangka akan diadakan perasmian Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H oleh YB Simpang Empat diikuti  sesi perkongsian idea dan cadangan pembinaan monumen arah kiblat utuk kawasan perkuburan Islam sebagai panduan arah kiblat.

Pada sebelah petang selepas solat Jumaat, akan diadakan majlis ilmu Falak – kaedah penentuan dan cerapan bulan baru dalam Islam, yang akan disampaikan oleh wakil UiTM dan JUPEM Perlis dan di jangka selesai sebelum Asar.

Pada jam 6.30 petang pula akan berlangsung aktiviti kemuncak iaitu cerapan  hilal @ penentuan anak bulan Ramadhan 1435H. sebanyak 5 stesen cerapan disediakan untuk pihak UiTM @ JSUG Perlis dimana 3 daripadanya digunakan untuk berkongsi bersama pengunjung pada hari tersebut.

Orang ramai dijemput hadir di Masjid Amir Fawwaz dan Tapak cerapan Hilal di Kuala Sungai Baru.



0 comments :

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll