Powered by Blogger.

Tuesday 27 May 2014

Semak arah kiblat

Entri kali ini JSUG Perlis ingin berkongsi satu kaedah mudah bagaimana untuk menyemak arah kiblat. 

Esok, 28 Mei 2014 (Rabu) orang ramai boleh menyemak ketetapatan arah kiblat di kediaman masing-masing kerana esok pada jam 5.16 petang kita boleh menyemak arah kiblat melalui kaedah istiwa' matahari di kaabah. Ia hanya berlaku 2 kali dalam setahun. jadi jangan lepaskan peluang ini - sumber JAKIM




Tentang Semakan Kiblat

Merujuk kepada Institut Latihan Islam Malaysia penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan 7 cara:


•  Kaedah matahari terbenam.
•  Kaedah lintasan bayang matahari.
•  Kaedah peralatan moden.
•  Kaedah matahari istiwa atas Kaabah.
•  Kaedah matahari pada zenith Kaabah.
•  Kaedah buruj bintang.
•  Kaedah fasa bulan. 

 Kaedah matahari istiwa atas Kaabah.

Di Malaysia, fenomena istiwa atas Kaabah berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada:

  28 Mei tepat pada pukul 5.16 petang, dan

 16 Julai tepat pada pukul 5.28 petang

Apa yang perlu di lakukan? 

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. [Rujuk gambar dibawah]
  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Kredit: http://muzir.wordpress.com
Sumber: 
1. http://www.falak-online.net
2. http://www.ilim.gov.my/

Ringkasan:
  • Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
  • Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
  • Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
  • Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
  • Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.
Sumber:
http://epondok.wordpress.com

Arah kiblat tepat mengarah ke Kaabah adalah penting kerana ianya merupakan antara syarat sah solat sama ada solat fardhu ataupun sunat.




0 comments :

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll