Powered by Blogger.

Tuesday 27 May 2014

Semak arah kiblat

Entri kali ini JSUG Perlis ingin berkongsi satu kaedah mudah bagaimana untuk menyemak arah kiblat. 

Esok, 28 Mei 2014 (Rabu) orang ramai boleh menyemak ketetapatan arah kiblat di kediaman masing-masing kerana esok pada jam 5.16 petang kita boleh menyemak arah kiblat melalui kaedah istiwa' matahari di kaabah. Ia hanya berlaku 2 kali dalam setahun. jadi jangan lepaskan peluang ini - sumber JAKIM




Tentang Semakan Kiblat

Merujuk kepada Institut Latihan Islam Malaysia penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan 7 cara:


•  Kaedah matahari terbenam.
•  Kaedah lintasan bayang matahari.
•  Kaedah peralatan moden.
•  Kaedah matahari istiwa atas Kaabah.
•  Kaedah matahari pada zenith Kaabah.
•  Kaedah buruj bintang.
•  Kaedah fasa bulan. 

 Kaedah matahari istiwa atas Kaabah.

Di Malaysia, fenomena istiwa atas Kaabah berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada:

  28 Mei tepat pada pukul 5.16 petang, dan

 16 Julai tepat pada pukul 5.28 petang

Apa yang perlu di lakukan? 

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. [Rujuk gambar dibawah]
  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Kredit: http://muzir.wordpress.com
Sumber: 
1. http://www.falak-online.net
2. http://www.ilim.gov.my/

Ringkasan:
  • Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
  • Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
  • Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
  • Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
  • Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.
Sumber:
http://epondok.wordpress.com

Arah kiblat tepat mengarah ke Kaabah adalah penting kerana ianya merupakan antara syarat sah solat sama ada solat fardhu ataupun sunat.




Salam Isra' Mikraj

Dikesempatan ini JSUG Perlis mengucapkan selamat menyambut Isra' Mikraj, satu peristiwa penting di dalam Islam.



Kredit Foto: ikim.fm

Thursday 22 May 2014

Bengkel Penulisan Monograf dan Jurnal

Minggu ini staf JSUG didedahkan dengan teknik penulisan monograf dan penulisan artikel jurnal oleh En Zaki Dahlan dan PM Dr Sr Zulkiflee Abd Latif. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh para pensyarah di dalam meningkatkan hasil penerbitan masing-masing. Bengkel ini adalah hasil usaha Sr Noorzalinaee dan KPP yang berusaha membawa PM Dr Sr Zulkiflee Abd Latif, wakil dar RMI UiTM Shah Alam memberi penerangan berkaitan trend terkini di dalam penulisan untuk penerbitan jurnal.


Sports Day

Sabtu 17 Mei yang lalu, anak-anak didik JSUG Perlis telah mengerah keringat fizikal mereka menjayakan program hari sukan Fakulti yang dikelolakan oleh pelajar semester 6. Tahniah kepada pemenang dan yang lebih penting tahniah kepada semua yang menjayakan aktviti.


Ucapan aluan pengarah aktiviti

Amanat daripada KPP


Gimik Perasmian



Kita Senam robik dulu


renganggan otot





Pra-mesyuarat Program Hilal Ya' Ramadhan

Pada 24 Mei 2013 JSUG Perlis bersama wakil Majlis Agama Islam Perlis dan Ketua Pengarah Ukur Jupem Perlis dan Timbalannya telah mengadakan satu pra-mesyuarat bagi menghalusi perjalanan program cerapan hilal "Ya' Ramadhan". Setiap tahun JSUG Perlis tidak pernah ketinggalan menyertai program cerapan penentuan anak bulan bagi tarikh Ramadhan. Namun pada tahun ini, JSUG Perlis berhasrat untuk menjayakan program ini pada satu tahap yang lebih besar, bak kata orang nak buat lebih "Grand".

Harapan JSUG Perlis kali ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran kami kepada masyarakat khususnya penduduk dan pelajar sekolah, kolej komuniti, IPT yang berada di sekitar Perlis




Wednesday 14 May 2014

Konvokesyen Kali ke 80



Tahniah kepada graduan ISM Sains Ukur dan Geomatik dan Diploma Sains Geomatik/ Geomatik (GIS) / Geomatik (Sumber Alam) di atas kejayaan anda. Kerja keras dan berkat doa ibu bapa, akhirnya kalian di anugerahkan Ijazah dan Diploma. Semoga maju jaya menempuh bab baru di dalam kehidupan.

Klik sini untuk senarai penuh penerima Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Geomatik

Friday 2 May 2014

Patah Tumbuh Hilang Berganti.

Pada Rabu 30 April 2014 yang lalu JSUG mengadakan majlis jamuan perpisahan buat tiga pensyarah yang telah menabur bakti di UiTM Perlis dalam melahirkan bakal-bakal jurukur. Majlis rigkas ini diadakan bagi menghargai jasa yang telah mereka curahkan kepada JSUG Perlis dan UiTM.

Buat En Hasif, En Hazim dan Pn Rozi, semoga kalian berjaya di dalam bidang yang diceburi, dan Insya Allah kembali semula di dalam perspektif yang berbeza untuk menabur pengalaman kepada bakal-bakal graduan ukur. Mungkin menjadi juru runding kepada JSUG lepas ni...

Bakal Jurukur Berlesen

Bergambar kenang-kenangan bersama rakan sejawat

Tak sabar nak makan..

Semoga En Hazim berjaya di dalam bidang perniagaan yang diusahakannya. Boleh sponsor JSUG Perlis lepas ni

Wakil Pn Rozi, maybe wife dapat PhD dulu kot

Gaya seorang surveyor, Good Luck Sr Hasif.
Terima kasih buat semua yang menjayakan program ini, terutama kepada KPP dan KK yang meluangkan masa menghadiri majlis ini. Kredit kepada en Fazly Amri Muhammad (FAM) untuk gambar majlis.

 

Blogger news

Blogroll