Powered by Blogger.

Thursday 21 August 2014

Pendedahan Teknologi UAV (Unmanned Aerial Vehicle)


Satu bengkel anjuran UTM  yang bertajuk "Pengunaan Teknologi "multi rotor UAV" dalam Perancangan Pembangunan dan Permantauan Keselamatan" akan dijalankan pada 3-4 September bertempat di MISDEC, Batu Merendam, Melaka. Kepada yang berminat bolehlah menyertai bengkel pengenalan teknologi UAV  yang semakin berkembang dan memberi manfaat dalam bidang industri khususnya di Malaysia.



(sumber: @Ja-Digital Resources)

Tuesday 19 August 2014

Merdeka Raya 2014




Suasana kemeriahan sambutan Aidilfitri masih dirasai dengan kehadiran sambutan Hari Kemerdekaan Negara pada bulan ini dan sekaligus menghangatkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Perlis 2014 yang bertemakan Merdeka Raya . Majlis ini telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya pada tanggal 15 Ogos 2014 bertempat di Dewan Sri Semarak. Sambutan Merdeka Raya ini dianjurkan oleh UiTM Perlis dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik (HEA), Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kesemua Fakulti di UiTM Perlis yang dimeriahkan oleh warga kakitangan UiTM Perlis. 

Sambutan majlis didahului dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan kata-kata aluan oleh Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Hj. Abd Rahman, Rektor UiTM Perlis sekaligus melancarkan Kibar Jalur Gemilang Peringkat UiTM Perlis.

Majlis ini berjalan lancar dengan juadah-juadah istimewa yang disediakan oleh setiap Jabatan dan Fakulti di gerai-gerai yang disediakan khas. Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dengan kerjasama Fakulti Perladangan Agrotek (FPA) telah menyediakan juadah bubur seperti bubur jagung, bubur cacar dan pengat pisang.

Dikesempatan ini juga warga kakitangan UiTM Perlis bermaaf-maafan diantara satu sama lain. Jamuan dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah bagi 5 kategori gerai terbaik dan diserikan dengan persembahan daripada kakitangan UiTM untuk menghiburkan para hadirin disamping menikmati juadah-juadah yang disediakan. Majlis bersurai pada jam 1200 tengah hari.







Annual Grand Meeting (AGM) Geomass sesi Jun-Oktober 2014

Satu mesyuarat Annual Grand Meeting (AGM) anjuran Persatuan Geomass UiTM Perlis,telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Ogos 2014 bertempat di LT 6, Kompleks Star. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh  Ketua Pusat Pengajian (KPP) JSUG PM Dr. Sr Hj Zakaria bin Mat Arof, Koordinator Kursus (KK) Puan Siti Maryam Abd Wahab, Penasihat Geomass Diploma Cik Siti Normaizah binti Saad, para pensyarah JSUG dan para pelajar diploma Sains Ukur dan Geomatik dari semester 1-6 bagi sesi Jun-Oktober 2014. Objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan pensyarah JSUG serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Geomass kepada keseluruhan pelajar diploma khususnya pelajar semester satu disamping dapat mengeratkan silaturahim antara mereka.
 

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Hazim bin Hazairin dan seterusnya tayangan video aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semester lepas. kemudian ucapan alu-aluan dan perasmian AGM oleh KPP JSUG.

Secara ringkas antara intipati ucapan beliau adalah latar belakang dan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan. Turut  dikongsi Tips untuk menjadi pelajar cemerlang dan sukses dalam kehidupan. Beliau juga memberi semangat kepimpinan serta menimbulkan semangat kesedaran kepada para pelajar bahawa harus berkecimpung atau bergiat aktif dalam kokorikulum untuk meningkatkan jati diri sebagai persiapan menjadi graduan yang intelek dan berterampilan.

Ucapan perasmian oleh KPP
Mesyuarat diteruskan dengan penyampaian  cenderahati kepada KPP, PM Dr. Sr. Hj Zakaria dan KK, Puan Maryam oleh Penasihat Geomass, Cik Siti Normaizah.

Seterusnya, mesyuarat dikemudi oleh AJK Persatuan Geomass bagi melantik AJK-AJK baru dalam persatuan serta membicangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada semester ini.
Bagi menghangatkan lagi AGM kali ini, acara cabutan bertuah sumbangan Persatuan Geomass kepada pelajar- pelajar yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup oleh presiden Geomass, Luqman NulHakim dan jamuan ringkas kepada para pensyarah.

                                                                                     
Penyampaian cenderahati kepada KPP
Penyampaian cenderahati kepada Koordinator Kursus

















WALK IN INTERVIEW - Sapura Kencana Petroleum


Assalamualaikum, di sini disertakan iklan walk-in-interview berkenaan ukur dan geomatik oleh Sapura Kencana Petroleum. Kepada yang berminat boleh menyertai interview pada tarikh yang ditetapkan
 

Blogger news

Blogroll