Powered by Blogger.

Sunday 4 March 2012

Karto..

Well done... Semester 3 telah berjaya ditempuhi. Salah satu kursus yang wajib diambil ialah Kartografi. Pelajar perlu menghasilkan peta dan peta animasi dengan mengambilkira elemen karto. inilah antara hasil-hasil pelajar APB3Al semester Sept 2011 - Januari 2012.



Selamat....

  • Selamat kembali ke kampus kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda
  • Selamat datang kepada pelajar baru ISM Sains Ukur & Geomatik (Kepujian)
  • Selamat menempuhi peperiksaan kepada para pelajar Diploma AP 120, AP121 dan AP 122.

STRATEGIC TEAM BUILDING and INNOVATIVE TRAINING





 
Strategic Team Building and Innovative Training merupakan program yang dianjurkan kepada pelajar-pelajar semester 3 Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik (Kepujian). Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk meningkatkan motivasi dan kerjasama melalui kaedah latihan dan aktiviti luar secara strategik dan inovatif. Program ini  adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk meningkat motivasi  dan berpandangan jauh terhadap kerjaya dan kehidupan.

 Objektif utama program ini diadakan ialah untuk:

  1. Memberi motivasi untuk kecermerlangan akademik, kerjaya dan kehidupan
  2. Memberi panduan untuk anjakan paradigma dari mentaliti pelajar diploma ke mentaliti pelajar sarjana muda.
  3. Memupuk sifat kepimpinan yang mantap sebagai persediaan untuk  menjadi seorang   jurukur yang berjaya.
  4. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving) di kalangan peserta.
  5. Mengeratkan silaturrahim diantara peserta serta meningkatkan kemahiran hubungan interpersonal. 
 
Peserta-peserta program adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester 3 Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik (Kepujian). Jumlah peserta program ini ialah 42 pelajar.

 
Program ini telah dijalankan selama tiga (3) hari di Sedim Eco Tourism & Resort, Sedim, Kedah pada 2 hingga 4 Disember yang lalu. Seramai 42 orang pelajar mengambil bahagian dan dibimbing oleh lima (5) orang fasilitator. Program terbahagi kepada tiga aktiviti iaitu aktiviti ”Indoor Team Building”, ”Outdoor Team Building” dan pengisian ceramah.

 


Aktiviti-aktiviti ”Indoor Team Building” yang telah dijalankan adalah sesi suai-kenal (ice-breaking), kerja berpasukan (teamwork), semangat setiakawan (friendship), bina dan musnah, dan mengenali diri. Aktiviti Treasure-hunt dan talangtula pula mengisi slot  ”Outdoor Team Building”. Sesi ceramah dan kuliah maghrib diberikan oleh fasilitator jemputan yang dilantik dari unit CITU. 



 
 

Program yang berlansung selama tiga hari tersebut dimulakan dengan proses pendaftaran dan taklimat ringkas pada pagi Jumaat jam 8:00 pagi di Anjung Sisawa dan bertolak ke lokasi program pada jam 8:30 diiringi oleh fasilitator. Program pada hari pertama merangkumi sesi ice-breaking, sesi ceramah ”Ethics of Islamic Student” dan diakhiri dengan aktiviti team building.




Aktiviti hari kedua dimulakan dengan Qiamulai seawal jam 4:00 pagi, diteruskan dengan aktiviti senamrobik, aktiviti ”Outdoor Team Building” dan ”Indoor Team Building”dan sesi ceramah bertajuk ”Islamic Time Management”.

 
 
 



 




Hari ketiga program diakhiri dengan sesi penutup kursus dan penilaian terhadap program yang dijalankan sebelum para pelajar pulang semula ke UiTM (Perlis) jam 2:00 petang.




 

Blogger news

Blogroll