Powered by Blogger.

Wednesday 2 April 2014

Tunas Mekar


OBJEKTIF PROGRAM
  • Memberi peluang graduan Bumiputera menimba pengalaman dalam bidang keusahawanan, seterusnya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
  • Memberi pendedahan praktikal kepada mahasiswa dalam bidang perniagaan.
  • Menjadikan Program Tunas Mekar sebagai satu agenda dan strategi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
  • Membantu pengusaha untuk meningkatkan prestasi perniagaan.
  • Mewujudkan situasi menang-menang (win-win) kepada pengusaha dan juga siswa.

KUMPULAN SASARAN
Program ini terbuka kepada SEMUA lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda @ telah LULUS Peperiksaan Akhir dari IPTA dan Politeknik seluruh Malaysia.

SYARAT-SYARAT
  1. Sila hantar borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap ke Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Perlis .
  2. Peserta yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk sesi temuduga.
  3. Peserta diwajibkan menghadiri Kursus Induksi dan Kursus Pemantapan sepanjang program dijalankan.
  4. Peserta yang berjaya akan ditempatkan bersama usahawan Tunas Mekar yang terpilih iaitu selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  5. Peserta akan menerima elaun bulanan sebanyak RM800.00 sepanjang program berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.  
  6. Peserta boleh memilih bidang perniagaan yang diminati seperti makanan, dobi, percetakan, penternakan, spa, bakeri dan lain-lain. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang memilih bidang perniagaan baru seperti pembinaan, pelancongan, sukan, stesyen minyak, ICT dan sebagainya bagi Siri ke- 5 ini. 



Sebaran pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Koordinator Tunas Mekar UiTM Perlis ditalian 04-988 2301 / 2747.


Sekian, terima kasih.

0 comments :

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll