Powered by Blogger.

Monday 29 December 2014

PERISTIWA BANJIR 2014!

Assalamualaikum.

Seperti yang kita sedia maklum, negara tercinta kita kini telah menerima musibah banjir. Beberapa negeri yang terlibat seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah malah Perlis juga turut menerima musibah banjir ini. Tapi, syukur alhamdulillah negeri Perlis tidak menerima musibah banjir seteruk tahun 2010. Walaubagaimana pun, usahlah kita lupa dan alpa untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri lain.

Sesungguhnya mereka amat memerlukan bantuan daripada orang ramai. Selain dari iringan doa kepada Allah swt, marilah kita juga sama-sama hulurkan bantuan dan ringankan beban mereka. Beberapa pusat agihan bantuan banjir di Perlis juga di buka seperti bantuan kemanusian daripada pihak JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERLIS (JPAM) .

Antara barang keperluan yang sangat di perlukan ketika ini seperti keratan yang di ambil daripada laman Facebook JPAM Perlis adalah :


Atau anda boleh juga terus ke tabung banjir yang di anjurkan oleh Aman Palestine :





Menurut sumber daripada lama Facebook Aman Palestine ini, mereka memohon jasa baik semua yang ingin menghantar bantuan agar berbuat demikian di pusat pengumpulan Aman palestin di seluruh negara sebelum jam 6 petang, 30 Disember, Selasa. Barangan yang dihantar selepas tarikh tersebut akan dibawa ke misi kedua berkemungkinan pada minggu kedua Januari.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan boleh lah mengubungi pusat pusat agihan banjir berdekatan dan jika tidak silap misi sukarelawan akan bergerak ke Pantai Timur sekitar 5 Januari 2015. Waallahualam.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan negara Malaysia tercinta kita dan saling membantu. Amin.




Geomatic Gathering's Day 2014


Buat julung-julung kalinya, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Perlis dengan kerjasama Persatuan GEOMASS telah menganjurkan satu program yang telah menggabungkan keseluruhan pelajar Diploma dan Ijazah Sains Geomatik pada tanggal 13 Disember lalu bertempat di Dewan Semarak UiTM Perlis. Program ini diberi nama 'Geomatic Gathering Day' yang mana telah menghimpunkan seluruh pelajar Diploma dan Ijazah dari setiap semester serta barisan pensyarah dari Jabatan ini. 

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah antara pelajar-pelajar Diploma dan Ijazah serta barisan pensyarah disamping dapat mengenali antara satu sama lain. Program ini diilhamkan oleh Ketua Pusat Pengajian FSPU, Prof Madya Sr Dr Zakaria Mat Arof yang mana beliau berkeinginan satu program yang menggabungkan keseluruhan pelajar-pelajar Sains Geomatik UiTM Perlis perlu dilakukan. Alhamdulilah, dengan sokongan padu dan semangat daripada KPP FSPU ini serta barisan pensyarah, maka program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Pengarah bagi program ini ialah En. Muhammad Faiz Pa'Suya serta dibantu oleh beberapa orang pensyarah iaitu Cik Siti Normaizah Saad, Cik Norbaizura Hashim, Cik Hazlina Salehan Othman Hadi, Cik Siti Arifah Abdul Kader, Cik Ambar Nasiha Abd. Rahman, Cik Norsuhaida Yusof dan Cik Zulaikha Hana Mohd serta dengan kerjasama pelajar dari Ahli Jawatankuasa Persatuan GEOMASS.

















Gambar : Sebahagian pelajar-pelajar Diploma pada program Geomatic Gathering Day

Untuk makluman, Program ini diadakan selama satu hari dimana terdapat dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi malam. Pada sesi pagi, acara dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar dan kemudiannya nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Koordinator Kursus AP120/AP121/AP122/AP220, Pn. Siti Maryam Abdul Wahab. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pusat Pengajian FSPU, Prof Madya Sr Dr Zakaria Mat Arof dan seterusnya beliau merasmikan program Geomatic Gathering Day dengan memotong riben sebagai simbolik perasmian.

Gambar : Ketika sesi perasmian oleh Ketua Pusat Pengajian FSPU, Prof Madya Sr Dr Zakaria Mat Arof
  Seterusnya, pada sesi pagi ini juga, diadakan ceramah kerjaya oleh penceramah luar yang dijemput khas iaitu En Noor Safaruddin Bin Kamaruddin dari Safa Geoscience Sdn Bhd. Beliau menyampaikan ceramah berkenaan dengan kerjaya dibidang Geomatik serta berkongsi pengalaman beliau didalam industri 'oil & gas' yang menjadi kerjaya beliau kini. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari pelajar-pelajar khususnya ketika sesi soal dan jawab yang dilakukan beliau. 
      Gambar : Sesi perkongsian ilmu oleh En. Noor Safaruddin Bin Kamaruddin
Program pada sesi pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari degan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Persatuan GEOMASS kepada barisan pensyarah dan pelajar. 

      Gambar : Gambar kenangan bersama penceramah dan barisan pensyarah FSPU, UiTM Perlis

Disebelah malamnya pula, program Geomatic Gathering Day ini diteruskan dengan jamuan makan malam bertempat di Dewan Sri Semarak UiTM Perlis. Majlis makan malam ini dimulakan dengan sesi perkenalan pensyarah Jabatan Sains Ukur dan Geomatik UiTM Perlis. 


Jamuan makan malam ini dihadiri oleh pelajar Diploma dan Ijazah serta barisan pensyarah jabatan. Pelbagai juadah makan malam disediakan antaranya ayam golek, nasi goreng, satay serta pencuci mulut yang disediakan. 
                         Gambar : Antara menu utama jamuan makan malam

              Gambar : Barisan pensyarah yang menghadiri jamuan makan malam

Sambil menikmati makan malam, para hadirin dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada para pelajar diploma bagi setiap semester. 

                          Gambar : Persembahan oleh pelajar Semester 1 Diploma 


Gambar : Nyanyian duet oleh saudari Rafidah dan Nurasyikin dari Semester 2 Diploma

Gambar : Nyanyian trio oleh Zulfadhli, Suhaidah dan Faizatul dari pelajar semester 4 Diploma

Gambar : Nyanyian solo oleh Saudara Adam Adnan dari Semester 4 Diploma

Gambar : Nyanyian solo oleh Saudari Nur Fatin Shairah dari Semester 4 Diploma

Dengan persembahan dari pelajar-pelajar, maka berakhirlah jamuan makan malam yang diadakan dalam suasana yang cukup meriah. Akhir kata, program Geomatic Gathering Day yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar mahupun barisan pensyarah FSPU. Tercapailah hasrat dan harapan semua pihak kerana objektif program yang dirangka diperingkat awal program telahpun berjaya atas sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Program Geomatic Gathering Day daripada peringkat pelajar dan pensyarah yang terlibat. Diharapkan program seumpama ini dijadikan acara wajib FSPU pada setiap semester selaras dengan menyahut seruan KPP, Prof Madya Sr Dr Zakaria Mat Arof yang mana beliau ingin merapatkan hubungan diantara para pelajar Diploma dan Ijazah serta pensyarah. Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas kelancaran program yang dijalankan. 

                                         Gambar : Antara barisan pensyarah FSPU. 

Gambar : Bersama Ahli Jawatankuasa pelajar dan pensyarah  Program Geomatic Gathering Day

Gambar : Ahli Jawatankuasa pelajar Diploma dan Ijazah Program Geomatic Gathering Day





 

Blogger news

Blogroll