Powered by Blogger.

Tuesday 15 July 2014

PROGRAM SELAMAT DATANG YA RAMADHAN 2014

Tarikh: 26 & 27 Jun 2014
Tempat: Masjid Ameer Fawwaz, Simpang Empat & Tapak cerapan hilal, Kuala Sg Baru,Perlis,
               
Bersempena kedatangan bulan Ramadhan 1435H, JSUG Perlis, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan Kelab Astronomi UiTM Perlis telah menganjurkan Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H pada  yang lalu dengan kerjasama daripada Parlimen Arau, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis (JUPEM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs). Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi galakan dan peluang kepada pelajar UiTM dan mengeratkan perpaduan sesama masyarakat setempat.

Pada 26 Jun 2014, seramai 50 orang pelajar dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) UiTM Perlis menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan masjid, tandas dan kawasan perkuburan Masjid Ameer Fawwaz. Disamping itu, aktiviti gotong-royong membersih kawasan tapak cerapan hilal di Kuala Sungai Baru juga dilangsungkan.







   



Keesokannya, pada 27 Jun 2014 program diteruskan lagi dengan perasmian program oleh YB Tuan Nurulhisyam Bin Yaakob, Adun Simpang Empat. Antara tetamu yang hadir pada upacara perasmian ini ialah Timbalan Rektor HEP UiTM Perlis, En. Zailuddin Bin Ariffin mewakili Rektor UiTM Perlis, Sr Sazali Bin Mahmud, Naib Pengerusi Program mewakili Ketua Pusat Pengajian UiTM Perlis, wakil SMK Syed Saffi, Perlis, wakil-wakil media, ahli-ahli qariah masjid, pensyarah UiTM Perlis serta para pelajar UiTM Perlis. Antara pengisian program adalah kenduri kampung, program hijrah minda anjuran MAIPs, perkongsian ilmu falak dan cerapan hilal. Program ini dirasmikan Pada program ini, Sr Norshahrizan Bin Mohd Hashim, Pensyarah FSPU telah menyampaikan perkongsian idea dan cadangan monumen arah kiblat. Seterusnya, majlis pada sebelah petang diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati oleh Sr Sazali Mahmud kepada tetamu VIP yang hadir. 

Selesai solat Jumaat yang turut di hadiri oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mendengar penerangan ringkas daripada wakil UiTM Perlis berkenaan cadangan mendirikan monumen arah kiblat untuk panduan di kawasan perkuburan di negeri Perlis.



Pada sesi petang selepas solat Jumaat, program diteruskan dengan perkongsian ilmu oleh Sr Mohd Zaim Bin Omar, Penolong Pengarah JUPEM Perlis dan Sr Norshahrizan Bin Mohd Hashim, Pensyarah FSPU. Kemuncak program ini adalah aktiviti cerapan hilal di tapak cerapan Kuala Sungai Baru, Perlis. Sebanyak lima buah stesen cerap disediakan oleh JUPEM Perlis kepada UiTM Perlis yang turut dilawati oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis serta isteri Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.  Pada sesi cerapan ini, para pelajar UiTM beserrta para pensyarah memberikan penerangan berkaitan penentuan anak bulan dan kaedah cerapan hilal kepada pengunjung.  Program diakhiri dengan solat maghrib di perkarangan tapak cerapan Kuala Sungai Baru, Perlis.




0 comments :

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll