Powered by Blogger.

Thursday 8 January 2015

TERBANG, RAKAM DAN ANALISIS IMEJ

Kapten Khairil Afendy Hashim, pensyarah Sains Geomatik dan Ukur UiTM Perlis dan merupakan penuntut Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Geomatik (Fotogrametri), Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM, Skudai, Johor telah diberi penghargaan untuk menerbangkan Pesawat Udara Tanpa Juruterbang (UAV) ke ruang udara Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada Disember 2014 yang lalu. Program ini telah menarik minat Akhbar Kosmo! untuk mengeluarkan artikel berkenaan UAV bagi menerangkan kepentingan  dan kegunaan teknologi ini. Jom ikuti artikel penuh oleh wartawan Nadia Shaiful Bahari dari Kosmo! Online:

"Selepas mengambil lajak, badan Kapten Khairil Afendy Hashim, 38, terdorong ke belakang sedikit dan bersedia untuk melancarkan Pesawat Udara Tanpa Juruterbang (UAV) iaitu Helang UAV ke ruang udara Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
Pesawat daripada jenis kepak kaku mikro yang berukuran kira-kira dua meter itu terus terbang secara kawalan komputer sepenuhnya.
Ia mengikut rancangan penerbangan yang diprogramkan iaitu selama 15 minit sebelum mendarat di kawasan padang lapang.
Helang UAV dibangunkan oleh pasukan penyelidik Fotogrametri, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi tujuan pemetaan dan kajian saintifik.

Kuasa durasi
Khairil Afendy menunjukkan kepada wartawan Kosmo! ruang bagi sistem bateri yang terletak di bahagian kepala pesawat yang berfungsi sebagai pembekal kuasa utama kepada pesawat tersebut.“Bateri ini mampu membekalkan kuasa untuk durasi penerbangan selama 45 ke 60 minit. 
Komponen Helang UAV terdiri daripada badan pesawat, sistem kawalan penerbangan, sistem navigasi pemetaan, pemuat sensor dan stesen kawalan bumi.“Ia turut dilengkapi kamera digital beresolusi tinggi yang diprogramkan bagi merakam gambar udara secara berturut dengan sela antara dedahan tiga hingga lima saat untuk tujuan pemetaan kaedah fotogrametri,” jelasnya. 
Beliau merupakan penuntut Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Geomatik (Fotogrametri), Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM, Skudai, Johor.
Menurut laporan Jurnal Sains Elektrokimia Antarabangsa yang diterbitkan pada Jun 2013, fungsi utama UAV adalah untuk kerja pengukuran dan pemantauan. Penggunaannya terbatas kepada beberapa faktor iaitu kuasa, kos, berat, ruang dan daya tahan penerbangan.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, Prof. Madya Dr. Shuhaimi Mansor berkata, bidang kepakarannya meliputi aspek pembinaan kerangka dan tatarajah pesawat udara.



KEGUNAAN UAV tidak lagi terhad kepada pertahanan negara dan pemetaan sahaja malah ia turut digunakan dalam pembikinan filem.






“Ada beratus jenis UAV yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Setiap unit mempunyai keperluan yang berbeza. Saya dan pasukan penyelidik lain perlu mereka bentuk UAV mengikut kehendak pelanggan.
“Contohnya, sebelum ini kami pernah bekerjasama dengan syarikat Penyelidikan Teknologi Komposit Malaysia Sdn. Bhd. yang memerlukan pesawat berkemampuan terbang selama enam jam.
“Jadi, kami perlu memenuhi spesifikasi pesawat seperti yang dikehendaki,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas menyampaikan kertas kerja tentang konsep rekaan UAV di Bengkel UAV, UTM Space, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Malaysia menggunakan UAV sejak dua dekad lalu bertujuan pertahanan negara, pemetaan, pemantauan kawasan pantai dan trafik udara serta penderiaan jauh. Sementara, saiz dan berat bagi seunit UAV yang biasa digunakan di negara ini adalah berukuran dua meter (m) dan kurang daripada lima kilogram (kg).

Saiz kerangka


Difahamkan, mana-mana pesawat yang mempunyai berat lebih daripada lima kg perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum terbang di ruang udara negara.
“Cabaran utama ketika menghasilkan UAV ditentukan oleh saiz kerangka pesawat. Semakin besar saiz UAV, semakin banyak masalah yang perlu diatasi.


“Jika pesawat itu bersaiz kecil maka ia boleh dibina dengan kaedah cuba jaya manakala jika bersaiz besar pula, kena fikirkan cara supaya ia tidak jatuh dan mendapatkan kelulusan DCA,” jelasnya.
Perkembangan teknologi membolehkan UAV berfungsi sebagai robot serba boleh sekali gus menggantikan sumber tenaga pekerja.
Sebagai contoh, UAV boleh dibina sebagai alat penabur baja untuk kegunaan pertanian, memantau indeks kualiti udara, pembenihan awan, membantu operasi mencari dan menyelamat sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh. Perkara tersebut sudah tentu menjimatkan kos operasi dan masa.
Mengikut sejarah, penggunaan terawal UAV yang direkodkan di dunia ialah pada 22 Ogos 1849. Ia digunakan sebagai kenderaan bersenjata ketika Austria menyerang Venice, Itali apabila belon tanpa pemandu dimuatkan dengan bahan letupan.


Sementara itu, Pensyarah Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah UTM, Prof. Madya Dr. Anuar Ahmad berkata, beliau berhasrat untuk memupuk kesedaran tentang manfaat penggunaan UAV dalam kalangan pengguna.
“Selama ini, mereka yang menggunakan UAV menerbangkan pesawat tanpa mengetahui undang-undang yang patut dipatuhi. UAV di bawah lima kilogram dibenarkan terbang di bawah ketinggian 100m tanpa sebarang kelulusan tapi masih perlu maklumkan kepada Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan DCA.


“Setiap UAV yang melebihi 20kg perlu memiliki sekurang-kurangnya seorang juruterbang berlesen yang dikhususkan untuk pesawat tersebut sahaja. Juruterbang berkenaan bertanggungjawab untuk mengendalikan pesawat dari stesen kawalan bumi,” jelasnya.
BGSP merupakan bahagian di bawah kelolaan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Kelulusan tersebut diperlukan kerana dikhuatiri ada pesawat yang terbang di ruang udara yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi yang melindungi keselamatan atau kerahsiaan negara.
Menurut Anuar, idea menggunakan UAV untuk kerja pemetaan sudah diusahakan sejak dulu. Pada masa itu pesawat hanya dikawal menggunakan alat kawalan jauh. Ketepatan pengukuran menggunakan imej UAV boleh mencecah sehingga 10 sentimeter bagi setiap satu piksel imej.

Kos penerbangan 


Sebelum ini, beliau pernah menaiki pesawat dari Subang, Selangor ke Tangkak, Johor untuk melakukan pemetaan dan terpaksa berpatah balik tanpa merekodkan apa-apa data akibat cuaca mendung.
“Pada mulanya ramalan cuaca cerah, tapi bila pergi melawat tapak, tiba-tiba cuaca menjadi mendung. Jadi, penerbangan tersebut sia-sia sahaja walhal kos bagi perjalanan pergi dan balik itu adalah tiga kali ganda berbanding menggunakan UAV.


“Bayangkan kos penerbangan tersebut RM100,000, jadi siapa yang akan rugi? Walhal, kerja pemetaan perlu dibuat sekali lagi untuk memperoleh data,” tambahnya."

sumber: Kosmo! Online, 2014
Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0423&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm#ixzz3OIUiSoTN 
Hakcipta terpelihara 





Monday 5 January 2015

JAWATAN KOSONG DI UITM PERLIS

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Perlis. Warganegara Malaysia yang berminat bolehlah mengisi borang yang terdapat di dalam laman web http://perlis.uitm.edu.my 

Kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis sebagai:


BIL
JAWATAN
GRED
SKIM PERKHIDMATAN
TARAF PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI
MINIMUM - MAKSIMUM
KUMPULAN PELAKSANA                   
1.
PENOLONG JURUTERA
JA29
Penolong Jurutera
Tetap
RM1,418.00 - RM5,121.00
2.
PENOLONG PENGURUS ASRAMA
N27
Penolong Pengurus Asrama
Tetap
RM1,362.00 – RM5,092.00
3.
PENOLONG JURUAUDIT
W27
Penolong Juruaudit
Tetap
RM1,367.00 – RM5,098.00
4.
PEMANDU
H11
Pemandu
Tetap
RM837.00  -  RM2,619.00

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti 

Teknologi MARA.

b.

Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari 

laman sesawang UiTM Perlis di http://perlis.uitm.edu.my atau boleh diperolehi 
di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Perlis.

c.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.


d.

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau 

Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah 
disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

e.


Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari 

tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Januari 2015.


Sila kemukakan permohonan kepada :


TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERLIS
02600 ARAU
PERLIS





Monday 29 December 2014

PERISTIWA BANJIR 2014!

Assalamualaikum.

Seperti yang kita sedia maklum, negara tercinta kita kini telah menerima musibah banjir. Beberapa negeri yang terlibat seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah malah Perlis juga turut menerima musibah banjir ini. Tapi, syukur alhamdulillah negeri Perlis tidak menerima musibah banjir seteruk tahun 2010. Walaubagaimana pun, usahlah kita lupa dan alpa untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri lain.

Sesungguhnya mereka amat memerlukan bantuan daripada orang ramai. Selain dari iringan doa kepada Allah swt, marilah kita juga sama-sama hulurkan bantuan dan ringankan beban mereka. Beberapa pusat agihan bantuan banjir di Perlis juga di buka seperti bantuan kemanusian daripada pihak JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI PERLIS (JPAM) .

Antara barang keperluan yang sangat di perlukan ketika ini seperti keratan yang di ambil daripada laman Facebook JPAM Perlis adalah :


Atau anda boleh juga terus ke tabung banjir yang di anjurkan oleh Aman Palestine :





Menurut sumber daripada lama Facebook Aman Palestine ini, mereka memohon jasa baik semua yang ingin menghantar bantuan agar berbuat demikian di pusat pengumpulan Aman palestin di seluruh negara sebelum jam 6 petang, 30 Disember, Selasa. Barangan yang dihantar selepas tarikh tersebut akan dibawa ke misi kedua berkemungkinan pada minggu kedua Januari.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan boleh lah mengubungi pusat pusat agihan banjir berdekatan dan jika tidak silap misi sukarelawan akan bergerak ke Pantai Timur sekitar 5 Januari 2015. Waallahualam.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan negara Malaysia tercinta kita dan saling membantu. Amin.




Geomatic Gathering's Day 2014


Buat julung-julung kalinya, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Perlis dengan kerjasama Persatuan GEOMASS telah menganjurkan satu program yang telah menggabungkan keseluruhan pelajar Diploma dan Ijazah Sains Geomatik pada tanggal 13 Disember lalu bertempat di Dewan Semarak UiTM Perlis. Program ini diberi nama 'Geomatic Gathering Day' yang mana telah menghimpunkan seluruh pelajar Diploma dan Ijazah dari setiap semester serta barisan pensyarah dari Jabatan ini. 

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah antara pelajar-pelajar Diploma dan Ijazah serta barisan pensyarah disamping dapat mengenali antara satu sama lain. Program ini diilhamkan oleh Ketua Pusat Pengajian FSPU, Prof Madya Sr Dr Zakaria Mat Arof yang mana beliau berkeinginan satu program yang menggabungkan keseluruhan pelajar-pelajar Sains Geomatik UiTM Perlis perlu dilakukan. Alhamdulilah, dengan sokongan padu dan semangat daripada KPP FSPU ini serta barisan pensyarah, maka program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Pengarah bagi program ini ialah En. Muhammad Faiz Pa'Suya serta dibantu oleh beberapa orang pensyarah iaitu Cik Siti Normaizah Saad, Cik Norbaizura Hashim, Cik Hazlina Salehan Othman Hadi, Cik Siti Arifah Abdul Kader, Cik Ambar Nasiha Abd. Rahman, Cik Norsuhaida Yusof dan Cik Zulaikha Hana Mohd serta dengan kerjasama pelajar dari Ahli Jawatankuasa Persatuan GEOMASS.

















Gambar : Sebahagian pelajar-pelajar Diploma pada program Geomatic Gathering Day

Untuk makluman, Program ini diadakan selama satu hari dimana terdapat dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi malam. Pada sesi pagi, acara dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar dan kemudiannya nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Koordinator Kursus AP120/AP121/AP122/AP220, Pn. Siti Maryam Abdul Wahab. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Pusat Pengajian FSPU, Prof Madya Sr Dr Zakaria Mat Arof dan seterusnya beliau merasmikan program Geomatic Gathering Day dengan memotong riben sebagai simbolik perasmian.

Gambar : Ketika sesi perasmian oleh Ketua Pusat Pengajian FSPU, Prof Madya Sr Dr Zakaria Mat Arof
  Seterusnya, pada sesi pagi ini juga, diadakan ceramah kerjaya oleh penceramah luar yang dijemput khas iaitu En Noor Safaruddin Bin Kamaruddin dari Safa Geoscience Sdn Bhd. Beliau menyampaikan ceramah berkenaan dengan kerjaya dibidang Geomatik serta berkongsi pengalaman beliau didalam industri 'oil & gas' yang menjadi kerjaya beliau kini. Ceramah ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari pelajar-pelajar khususnya ketika sesi soal dan jawab yang dilakukan beliau. 
      Gambar : Sesi perkongsian ilmu oleh En. Noor Safaruddin Bin Kamaruddin
Program pada sesi pagi berakhir pada jam 12.30 tengahari degan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh Persatuan GEOMASS kepada barisan pensyarah dan pelajar. 

      Gambar : Gambar kenangan bersama penceramah dan barisan pensyarah FSPU, UiTM Perlis

Disebelah malamnya pula, program Geomatic Gathering Day ini diteruskan dengan jamuan makan malam bertempat di Dewan Sri Semarak UiTM Perlis. Majlis makan malam ini dimulakan dengan sesi perkenalan pensyarah Jabatan Sains Ukur dan Geomatik UiTM Perlis. 


Jamuan makan malam ini dihadiri oleh pelajar Diploma dan Ijazah serta barisan pensyarah jabatan. Pelbagai juadah makan malam disediakan antaranya ayam golek, nasi goreng, satay serta pencuci mulut yang disediakan. 
                         Gambar : Antara menu utama jamuan makan malam

              Gambar : Barisan pensyarah yang menghadiri jamuan makan malam

Sambil menikmati makan malam, para hadirin dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada para pelajar diploma bagi setiap semester. 

                          Gambar : Persembahan oleh pelajar Semester 1 Diploma 


Gambar : Nyanyian duet oleh saudari Rafidah dan Nurasyikin dari Semester 2 Diploma

Gambar : Nyanyian trio oleh Zulfadhli, Suhaidah dan Faizatul dari pelajar semester 4 Diploma

Gambar : Nyanyian solo oleh Saudara Adam Adnan dari Semester 4 Diploma

Gambar : Nyanyian solo oleh Saudari Nur Fatin Shairah dari Semester 4 Diploma

Dengan persembahan dari pelajar-pelajar, maka berakhirlah jamuan makan malam yang diadakan dalam suasana yang cukup meriah. Akhir kata, program Geomatic Gathering Day yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pelajar mahupun barisan pensyarah FSPU. Tercapailah hasrat dan harapan semua pihak kerana objektif program yang dirangka diperingkat awal program telahpun berjaya atas sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Program Geomatic Gathering Day daripada peringkat pelajar dan pensyarah yang terlibat. Diharapkan program seumpama ini dijadikan acara wajib FSPU pada setiap semester selaras dengan menyahut seruan KPP, Prof Madya Sr Dr Zakaria Mat Arof yang mana beliau ingin merapatkan hubungan diantara para pelajar Diploma dan Ijazah serta pensyarah. Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas kelancaran program yang dijalankan. 

                                         Gambar : Antara barisan pensyarah FSPU. 

Gambar : Bersama Ahli Jawatankuasa pelajar dan pensyarah  Program Geomatic Gathering Day

Gambar : Ahli Jawatankuasa pelajar Diploma dan Ijazah Program Geomatic Gathering Day





Thursday 21 August 2014

Pendedahan Teknologi UAV (Unmanned Aerial Vehicle)


Satu bengkel anjuran UTM  yang bertajuk "Pengunaan Teknologi "multi rotor UAV" dalam Perancangan Pembangunan dan Permantauan Keselamatan" akan dijalankan pada 3-4 September bertempat di MISDEC, Batu Merendam, Melaka. Kepada yang berminat bolehlah menyertai bengkel pengenalan teknologi UAV  yang semakin berkembang dan memberi manfaat dalam bidang industri khususnya di Malaysia.



(sumber: @Ja-Digital Resources)

 

Blogger news

Blogroll