Suasana kemeriahan sambutan Aidilfitri masih dirasai dengan kehadiran sambutan Hari Kemerdekaan Negara pada bulan ini dan sekaligus menghangatkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Perlis 2014 yang bertemakan Merdeka Raya . Majlis ini telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya pada tanggal 15 Ogos 2014 bertempat di Dewan Sri Semarak. Sambutan Merdeka Raya ini dianjurkan oleh UiTM Perlis dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik (HEA), Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kesemua Fakulti di UiTM Perlis yang dimeriahkan oleh warga kakitangan UiTM Perlis.
Sambutan majlis didahului dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan kata-kata aluan oleh Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Hj. Abd Rahman, Rektor UiTM Perlis sekaligus melancarkan Kibar Jalur Gemilang Peringkat UiTM Perlis.
Majlis ini berjalan lancar dengan juadah-juadah istimewa yang disediakan oleh setiap Jabatan dan Fakulti di gerai-gerai yang disediakan khas. Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dengan kerjasama Fakulti Perladangan Agrotek (FPA) telah menyediakan juadah bubur seperti bubur jagung, bubur cacar dan pengat pisang.
Dikesempatan ini juga warga kakitangan UiTM Perlis bermaaf-maafan diantara satu sama lain. Jamuan dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah bagi 5 kategori gerai terbaik dan diserikan dengan persembahan daripada kakitangan UiTM untuk menghiburkan para hadirin disamping menikmati juadah-juadah yang disediakan. Majlis bersurai pada jam 1200 tengah hari.

0 comments :
Post a Comment