Satu mesyuarat Annual Grand Meeting (AGM) anjuran Persatuan Geomass UiTM Perlis,telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Ogos 2014 bertempat di LT 6, Kompleks Star. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Pusat
Pengajian (KPP) JSUG PM Dr. Sr Hj Zakaria bin Mat Arof, Koordinator
Kursus (KK) Puan Siti Maryam Abd Wahab, Penasihat Geomass Diploma Cik Siti
Normaizah binti Saad, para pensyarah JSUG dan para pelajar diploma Sains Ukur dan Geomatik dari semester 1-6 bagi sesi Jun-Oktober 2014. Objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan barisan pensyarah JSUG serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Geomass kepada keseluruhan pelajar diploma khususnya pelajar semester satu disamping dapat mengeratkan silaturahim antara mereka.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Hazim bin Hazairin dan seterusnya tayangan video aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semester lepas. kemudian ucapan alu-aluan dan perasmian AGM oleh KPP JSUG.
Secara ringkas antara intipati ucapan beliau adalah latar belakang dan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan. Turut dikongsi Tips untuk menjadi pelajar cemerlang dan sukses dalam kehidupan. Beliau juga memberi semangat kepimpinan serta menimbulkan semangat kesedaran kepada para pelajar bahawa harus berkecimpung atau bergiat aktif dalam kokorikulum untuk meningkatkan jati diri sebagai persiapan menjadi graduan yang intelek dan berterampilan.
Ucapan perasmian oleh KPP |
Seterusnya, mesyuarat dikemudi oleh AJK Persatuan Geomass bagi melantik AJK-AJK baru dalam persatuan serta membicangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada semester ini.
Bagi menghangatkan lagi AGM kali ini, acara cabutan bertuah sumbangan Persatuan Geomass kepada pelajar- pelajar yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup oleh presiden Geomass, Luqman NulHakim dan jamuan ringkas kepada para pensyarah.
Penyampaian cenderahati kepada KPP |
Penyampaian cenderahati kepada Koordinator Kursus |
0 comments :
Post a Comment