OBJEKTIF PROGRAM
- Memberi peluang graduan Bumiputera menimba pengalaman dalam bidang keusahawanan, seterusnya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
- Memberi pendedahan praktikal kepada mahasiswa dalam bidang perniagaan.
- Menjadikan Program Tunas Mekar sebagai satu agenda dan strategi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
- Membantu pengusaha untuk meningkatkan prestasi perniagaan.
- Mewujudkan situasi menang-menang (win-win) kepada pengusaha dan juga siswa.
KUMPULAN SASARAN
Program ini terbuka kepada SEMUA lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda @ telah LULUS Peperiksaan Akhir dari IPTA dan Politeknik seluruh Malaysia.
SYARAT-SYARAT
- Sila hantar borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap ke Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Perlis .
- Peserta yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Peserta diwajibkan menghadiri Kursus Induksi dan Kursus Pemantapan sepanjang program dijalankan.
- Peserta yang berjaya akan ditempatkan bersama usahawan Tunas Mekar yang terpilih iaitu selama 6 bulan hingga 1 tahun.
- Peserta akan menerima elaun bulanan sebanyak RM800.00 sepanjang program berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
- Peserta boleh memilih bidang perniagaan yang diminati seperti makanan, dobi, percetakan, penternakan, spa, bakeri dan lain-lain. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang memilih bidang perniagaan baru seperti pembinaan, pelancongan, sukan, stesyen minyak, ICT dan sebagainya bagi Siri ke- 5 ini.
Sebaran pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Koordinator Tunas Mekar UiTM Perlis ditalian 04-988 2301 / 2747.
Sekian, terima kasih.
0 comments :
Post a Comment