Well done... Semester 3 telah berjaya ditempuhi. Salah satu kursus yang wajib diambil ialah Kartografi. Pelajar perlu menghasilkan peta dan peta animasi dengan mengambilkira elemen karto. inilah antara hasil-hasil pelajar APB3Al semester Sept 2011 - Januari 2012.
Sunday, 4 March 2012
Selamat....
- Selamat kembali ke kampus kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda
- Selamat datang kepada pelajar baru ISM Sains Ukur & Geomatik (Kepujian)
- Selamat menempuhi peperiksaan kepada para pelajar Diploma AP 120, AP121 dan AP 122.
STRATEGIC TEAM BUILDING and INNOVATIVE TRAINING
Strategic Team Building and Innovative Training merupakan program yang dianjurkan kepada pelajar-pelajar semester 3 Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik (Kepujian). Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk meningkatkan motivasi dan kerjasama melalui kaedah latihan dan aktiviti luar secara strategik dan inovatif. Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk meningkat motivasi dan berpandangan jauh terhadap kerjaya dan kehidupan.
Objektif utama program ini diadakan ialah untuk:
- Memberi motivasi untuk kecermerlangan akademik, kerjaya dan kehidupan
- Memberi panduan untuk anjakan paradigma dari mentaliti pelajar diploma ke mentaliti pelajar sarjana muda.
- Memupuk sifat kepimpinan yang mantap sebagai persediaan untuk menjadi seorang jurukur yang berjaya.
- Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving) di kalangan peserta.
- Mengeratkan silaturrahim diantara peserta serta meningkatkan kemahiran hubungan interpersonal.
Peserta-peserta program adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester 3 Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik (Kepujian). Jumlah peserta program ini ialah 42 pelajar.
Program ini telah dijalankan selama tiga (3) hari di Sedim Eco Tourism & Resort, Sedim, Kedah pada 2 hingga 4 Disember yang lalu. Seramai 42 orang pelajar mengambil bahagian dan dibimbing oleh lima (5) orang fasilitator. Program terbahagi kepada tiga aktiviti iaitu aktiviti ”Indoor Team Building”, ”Outdoor Team Building” dan pengisian ceramah.
Aktiviti-aktiviti ”Indoor Team Building” yang telah dijalankan adalah sesi suai-kenal (ice-breaking), kerja berpasukan (teamwork), semangat setiakawan (friendship), bina dan musnah, dan mengenali diri. Aktiviti Treasure-hunt dan talangtula pula mengisi slot ”Outdoor Team Building”. Sesi ceramah dan kuliah maghrib diberikan oleh fasilitator jemputan yang dilantik dari unit CITU.
Program yang berlansung selama tiga hari tersebut dimulakan dengan proses pendaftaran dan taklimat ringkas pada pagi Jumaat jam 8:00 pagi di Anjung Sisawa dan bertolak ke lokasi program pada jam 8:30 diiringi oleh fasilitator. Program pada hari pertama merangkumi sesi ice-breaking, sesi ceramah ”Ethics of Islamic Student” dan diakhiri dengan aktiviti team building.
Aktiviti hari kedua dimulakan dengan Qiamulai seawal jam 4:00 pagi, diteruskan dengan aktiviti senamrobik, aktiviti ”Outdoor Team Building” dan ”Indoor Team Building”dan sesi ceramah bertajuk ”Islamic Time Management”.
Hari ketiga program diakhiri dengan sesi penutup kursus dan penilaian terhadap program yang dijalankan sebelum para pelajar pulang semula ke UiTM (Perlis) jam 2:00 petang.




Tuesday, 30 August 2011
Salam Aidilfitri
JSUG mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada pengunjung blog JSUG. Kepada warga SUG UiTM (Perlis), semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kepada para pelajar diploma, naik cuti ada lagi seminggu sahaja minggu kuliah sebelum menempuhi peperiksaan semester. Dan kepada para pelajar Ijazah Sarjana Muda, selamat kembali ke kampus pada 12 September dan selamat datang kepada pelajar baru mendaftar.
Thursday, 18 August 2011
Makluman Mesyuarat
Assalamualaikum
Mesyuarat JSUG kali ke 5 bagi tahun 2011 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 19 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa : 9.30 pg - 11.30 pg
Tempat : Bilik Mesyuarat HEA
Agenda : Penstrukturan Jabatan Sains Ukur dan Geomatik UiTM (Perlis)
Sekian. Terima Kasih
Regards
Noorzalianee bt. Hj.Ghazali
Mesyuarat JSUG kali ke 5 bagi tahun 2011 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 19 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa : 9.30 pg - 11.30 pg
Tempat : Bilik Mesyuarat HEA
Agenda : Penstrukturan Jabatan Sains Ukur dan Geomatik UiTM (Perlis)
Sekian. Terima Kasih
Regards
Noorzalianee bt. Hj.Ghazali
Sunday, 31 July 2011
AP122 DIPLOMA IN GEOMATIC SCIENCE (NATURAL RESOURCES)
PROGRAMME STRUCTURE
This three-year full-time programme aims to produce graduates who have sound knowledge in geo-measurement, processing, interpretation, analysis and presentation of land based spatial information with emphasis on the interpretation of satellite data and digital image processing.
ACCREDITATION
This program is recognized by the Public Services Department and the professional bodies such as the Institution of Surveyors Malaysia (ISM) and Land Surveyors Board Peninsula Malaysia.
CAREER OPPORTUNITIES
Graduates of the program can readily assume useful roles in surveying profession. Graduates may have career flexibility either to work outdoors or in the office. They may work as technical assistants, assistant surveyors, and assistant land administrative or assistant managers in many different areas in the government or in the private sectors including the surveying and property development, building construction, cadastral, mining industries, hydrographic surveying and any other remote sensing-related disciplines.
Their geospatial and remote sensing knowledge means that graduates are able to work as image analysts or image interpreter and in other roles in geospatial industry. Graduates have a range of exciting career opportunities in area as diverse as tourism, environmental manager, surveying and property development, building and construction, land management, software development including sales and marketing.
Examples of potential employers may include the Department of Mapping and Surveying Malaysia (JUPEM), the Malaysian Center of Remote Sensing (MACRES), the Ministry of Defense, Licensed Land Surveying companies, other surveying-related firms, Construction companies, Local Councils, Development and Property Division of the State Economic and Planning Unit and the Institutions of Higher Learning.
Graduates may also further their studies in the Bachelor of Surveying Science & Geomatics (Hons) programme.
ENTRY REQUIREMENTS
Minimum Requirements - University Requirements
SPM or its equivalent which is recognized by the government of Malaysia with at least FIVE (5) credits including Bahasa Melayu
with
Program Requirements
Fulfilled University requirements with credits in the following:
· Mathematics
· Physic / Chemistry / Biology / Additional Science/ Sciences
and
· a pass in English
· a pass in Additional Mathematics
or
a Pass in Certificate level in the related field from polytechnics or other government recognized institutions of higher learning with a minimum CGPA of 2.75 with FOUR (4) credits including Bahasa Melayu and Mathematics and Physic / Chemistry / Biology / Additional Science/ Sciences and, a pass in Additional Mathematics and a pass in English at SPM/SPMV level.
or
a Pass in UiTM’s Pre-Diploma in Science programme (PD008).
Labels:
program
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)













