Strategic Team Building and Innovative Training merupakan program yang dianjurkan kepada pelajar-pelajar semester 3 Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik (Kepujian). Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk meningkatkan motivasi dan kerjasama melalui kaedah latihan dan aktiviti luar secara strategik dan inovatif. Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk meningkat motivasi dan berpandangan jauh terhadap kerjaya dan kehidupan.
Objektif utama program ini diadakan ialah untuk:
- Memberi motivasi untuk kecermerlangan akademik, kerjaya dan kehidupan
- Memberi panduan untuk anjakan paradigma dari mentaliti pelajar diploma ke mentaliti pelajar sarjana muda.
- Memupuk sifat kepimpinan yang mantap sebagai persediaan untuk menjadi seorang jurukur yang berjaya.
- Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving) di kalangan peserta.
- Mengeratkan silaturrahim diantara peserta serta meningkatkan kemahiran hubungan interpersonal.
Peserta-peserta program adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester 3 Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik (Kepujian). Jumlah peserta program ini ialah 42 pelajar.
Program ini telah dijalankan selama tiga (3) hari di Sedim Eco Tourism & Resort, Sedim, Kedah pada 2 hingga 4 Disember yang lalu. Seramai 42 orang pelajar mengambil bahagian dan dibimbing oleh lima (5) orang fasilitator. Program terbahagi kepada tiga aktiviti iaitu aktiviti ”Indoor Team Building”, ”Outdoor Team Building” dan pengisian ceramah.
Aktiviti-aktiviti ”Indoor Team Building” yang telah dijalankan adalah sesi suai-kenal (ice-breaking), kerja berpasukan (teamwork), semangat setiakawan (friendship), bina dan musnah, dan mengenali diri. Aktiviti Treasure-hunt dan talangtula pula mengisi slot ”Outdoor Team Building”. Sesi ceramah dan kuliah maghrib diberikan oleh fasilitator jemputan yang dilantik dari unit CITU.
Program yang berlansung selama tiga hari tersebut dimulakan dengan proses pendaftaran dan taklimat ringkas pada pagi Jumaat jam 8:00 pagi di Anjung Sisawa dan bertolak ke lokasi program pada jam 8:30 diiringi oleh fasilitator. Program pada hari pertama merangkumi sesi ice-breaking, sesi ceramah ”Ethics of Islamic Student” dan diakhiri dengan aktiviti team building.
Aktiviti hari kedua dimulakan dengan Qiamulai seawal jam 4:00 pagi, diteruskan dengan aktiviti senamrobik, aktiviti ”Outdoor Team Building” dan ”Indoor Team Building”dan sesi ceramah bertajuk ”Islamic Time Management”.
Hari ketiga program diakhiri dengan sesi penutup kursus dan penilaian terhadap program yang dijalankan sebelum para pelajar pulang semula ke UiTM (Perlis) jam 2:00 petang.
0 comments :
Post a Comment