Program Diploma Sains Geomatik (DSG AP120) dahulunya dikenali sebagai Diploma Ukur Tanah di ITM Perlis bermula pada tahun 1990. Ketika itu, program ini hanya memberi perkhidmatan kepada pelajar semester 1 dan 2 sahaja dan baki pengajian diteruskan di Jabatan Ukur Sains dan Geomatik Shah Alam.
Pada tahun 1998, Senat Universiti telah memberi kelulusan untuk program DSG AP120 dijalankan sepenuhnya di UiTM Perlis sehingga tamat keseluruhan pengajian. Namun begitu, dua lagi program, DSG AP121 - Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi) dan DSG AP122 - Diploma Sains Geomatik (Sumber Alam) masih kekal dengan sistem yang lama.

Pada awal tahun 2006, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah mengeluarkan surat arahan “Zero Basis Diploma” di Shah Alam termasuklah kepada Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU). Justeru, Dekan dan JSUG Shah Alam telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengeluarkan arahan bahawa program DSG AP121 dan AP122 tidak lagi dilanjutkan ke kampus Shah Alam. Semenjak Disember 2007, kedua-dua program tersebut beroperasi sepenuhnya di UiTM Perlis.
0 comments :
Post a Comment