Powered by Blogger.

Wednesday, 2 April 2014

UiTM Perlis 40 tahun




Sukacita dimaklumkan kelangsungan program ibadah ini akan diteruskan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Sehubungan itu, pihak Jawatankuasa Program Korban Perdana UiTM Perlis dengan ini mempelawa semua warga kampus yang beragama Islam yang berhajat untuk melakukan ibadah Korban  atau Aqiqah untuk bersama menjayakan program ini. 

Bayaran penyertaan boleh dibuat menerusi potongan gaji serendah RM 82  mulai bulan ini, Mac 2014 atau secara tunai.
Bersama ini disertakan borang-borang penyertaan:

(See attached file: Borang_Korban (Potongan Gaji) 2014.pdf) (See attached file: Borang_Korban (Bayaran Tunai) 2014.pdf)

Firman Allah (S.W.T) yang bermaksud " Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka "sembahyanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)". (Al-Kautsar:1-2)

Besar harapan sekiranya hebahan program ibadah ini boleh dipanjangkan kepada mereka yang berminat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Am, Akademi Pengajian Islam Kontemporar ( ACIS), UiTM Perlis di sambungan 2138.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

b/p Jawatankuasa Program Korban Perdana UiTM Perlis
Mohd Ismail bin Abdul Rahim C.A.(M)
Koordinator
Unit Komunikasi Korporat
Universiti Teknologi MARA Perlis
Tel: 04-9882020
Fax:04-9882022
 
mohdismail@perlis.uitm.edu.my

Tunas Mekar


OBJEKTIF PROGRAM
  • Memberi peluang graduan Bumiputera menimba pengalaman dalam bidang keusahawanan, seterusnya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
  • Memberi pendedahan praktikal kepada mahasiswa dalam bidang perniagaan.
  • Menjadikan Program Tunas Mekar sebagai satu agenda dan strategi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
  • Membantu pengusaha untuk meningkatkan prestasi perniagaan.
  • Mewujudkan situasi menang-menang (win-win) kepada pengusaha dan juga siswa.

KUMPULAN SASARAN
Program ini terbuka kepada SEMUA lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda @ telah LULUS Peperiksaan Akhir dari IPTA dan Politeknik seluruh Malaysia.

SYARAT-SYARAT
  1. Sila hantar borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap ke Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Perlis .
  2. Peserta yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk sesi temuduga.
  3. Peserta diwajibkan menghadiri Kursus Induksi dan Kursus Pemantapan sepanjang program dijalankan.
  4. Peserta yang berjaya akan ditempatkan bersama usahawan Tunas Mekar yang terpilih iaitu selama 6 bulan hingga 1 tahun.
  5. Peserta akan menerima elaun bulanan sebanyak RM800.00 sepanjang program berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.  
  6. Peserta boleh memilih bidang perniagaan yang diminati seperti makanan, dobi, percetakan, penternakan, spa, bakeri dan lain-lain. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang memilih bidang perniagaan baru seperti pembinaan, pelancongan, sukan, stesyen minyak, ICT dan sebagainya bagi Siri ke- 5 ini. 



Sebaran pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi Koordinator Tunas Mekar UiTM Perlis ditalian 04-988 2301 / 2747.


Sekian, terima kasih.

Monday, 10 June 2013





Program I-idea 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 - 30 May 2013 yang lalu.

Tahniah kepada para pemenang pingat khususnya staf dan juga pelajar SUG UiTM Perlis.

Tahniah dan terima kasih juga kepada para pelajar dan staff JSUG yang telah menyertai dan memeriahkan lagi program tersebut serta menaikkan nama SUG UiTM Perlis.









Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada para pelajar AP220 UiTM Perlis. Kerja keras anda semua pada semester ini akan diuji bermula 26 Jun 2013 ini. Serta jangan lupa berdoa kepada tuhan yang esa dan restu dari ibu bapa.

Pelajar boleh menyemak jadual tarikh peperiksaan disini.

Selamat Datang kepada Pelajar baru khususnya yang mengmbil program AP120, 121 dan 122. semoga anda berjaya mengharungi alam kampus dengan jayanya dan mencapai cita-cita dan impian untuk menjadi Jurukur Tanah Berlesen.

Khemah Ukur SUG595

Lokasi: Pulau Pinang
Tempoh: 35 hari (25 Jan - 28 Feb 2012)

Lebih dari sebulan 'batch' pertama ISM Sains Ukur & Geomatik menjalani latihan khemah ukur. Latihan ini adalah wajib bagi setiap pelajar yang mengambil program dan terbahagi kepada tiga siri. Bagi siri yang pertama ini, pelajar dikehendaki mengendalikan kerja-kerja ukur kadaster. Tujuan latihan ini diadakan selain daripada keperluan silibus, ianya memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengalaman kerja-kerja sebenar disamping memantapkan keyakinan dan pengetahuan tentang ilmu ukur.






 

Blogger news

Blogroll