Powered by Blogger.

Thursday, 26 June 2014








Hilal Ya Ramadhan

Entry kali ini ingin berkongsi tentang kaedah penentuan 1 Ramadhan di Malaysia. Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan bertemu dengan bulan Ramadhan dimana menuntut umatnya berpuasa selama sebulan dan selepas itu meraikannya dengan Aidilfitri di bulan Syawal.

Namun bagaimanakah sesuatu permulaan bulan di dalam Kalendar Islam ditentukan?

Asas astronomi bagi Takwim Islam iaitu Takwim Hijriah adalah berdasarkan sistem Qamariyyah di mana ianya berpandukan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

 ‘Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji’
                              Surah Al-Baqarah: 189

Dan Kami telah tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah sehingga (setelah dia sampai kemanzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar  pada garis edarnya ’
                                                          -  Surah Yasin ayat: 39-40


Daripada kedua-dua ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa bulan digunakan sebagai rujukan perubahan hari, bulan dan tahun di dalam Takwim Islam. Bulan adalah satu badan cakerawala beredar mengelilingi bumi dari arah barat ke timur. Bulan mengambil masa selama 27.32 hari bagi melengkapi satu pusingan mengelilingi bumi. Tempoh waktu yang diambil oleh bulan untuk melengkapkan pusingan dengan bumi beserta matahari (matahari, bulan dan bumi berkedudukan di atas longitud yang sama) pula ialah selama 29.53 hari dan dikenali juga sebagai satu bulan ijtimak. Tempoh satu bulan ijtimak tidak sentiasa sama (29.53 hari) di sebabkan pengaruh tarikan planet-planet di sekeliling.

Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari bumi:
           
*             Fasa Pertama           :           Ijtimak (bulan gelap) dan hilal
*             Fasa kedua               :           Bulan pada suku pertama
*             Fasa Ketiga               :           Bulan pada suku kedua (bulan purnama)
*          Fasa Keempat           :           Bulan pada suku ketiga



Apa itu Ijtimak?

Ijtimak adalah fenomena dimana bumi, bulan dan matahari berada didalam longitud yang sama, iaitu ketiga-tiga jasad tersebut berkesedudukan didalam satu garisan. Akibat daripada penyusunan ini, bulan akan membelakangi matahari. Bayang bulan akan terhasil dan sekiranya ia jatuh keatas permukaan bumi, maka terjadilah gerhana matahari.


Kaitan Ijtimak dan penentuan awal bulan

Di dalam taqwim Islam jumlah hari ialah 29 atau 30 hari dan untuk menentukannya dengan melihat hilal. Hal ini dinyatakan di dalam hadis yang bermaksud 

" Hanya sesungguhnya bulan (Islam) bilangannya dua puluh sembilan hari, oleh itu janganlah berpuasa sehingga kamu melihat hilal dan jangan kamu berbuka sehingga kamu melihatnya sekiranya dilindungi ke atas kamu (oleh awan dsb) maka hitunglah atau kirakanlah dia"  
(Bukhari dan Imam Ahmad)

Berdasarkan hadis di atas untuk menentukan awal bulan dengan melihat hilal pada hari ke 29. Sekiranya hilal kelihatan maka bermulalah 1 haribulan pada maghrib tersebut dan jika tidak kelihatan maka keesokan harinya digenapkan menjadi 30 haribulan. Sebagai contoh sekiranya hilal kelihatan pada petang Isnin 29 Syaaban (27 Jun 2014) maka maghrib itu sudah dikira masuk 1 Ramadhan dan berpuasalah umat Islam pada keesokan harinya. Sebaliknya jika hilal tidak kelihatan maka hari Sabtu 28 Jun 2014 digenapkan menjadi 30 Syaaban dan 1 Ramadhan jatuh pada Ahad 29 Jun 2014. 



Penentuan hilal boleh di lakukan dalam tiga cara; 
  1. Rukyah, 
  2. Hisab falak, dan 
  3. Rukyah-hisab dengan kriteria imkanur-rukyah. 


Di Malaysia, penentuan awal bulan hijrah menggunakan kaedah rukyah-hisab dengan kriteria imkanur-rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal yang mana memenuhi dua kriteria berikut:
  • Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal (anak bulan) di atas ufuk tidak kurang daripada 2 darjah dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang dari 3 darjah,


  • Ketika hilal (anak bulan) terbenam, umur hilal tidak kurang daripada lapan jam selepas ijtimak berlaku.


Hilal boleh dilihat dengan mata kasar tetapi dalam keadaan yang tertentu memerlukan alat seperti binokular, teleskop dan teodolit. Melihat hilal mestilah di ufuk barat kerana ia dilihat ketika matahari terbenam. Keadaan ufuk samada ufuk laut atau darat mestilah tiada apa-apa halangan yang boleh menghalang kenampakan hilal seperti pulau, pokok, bukit dan sebagainya. Ini kerana altitud (ketinggian) hilal ketika matahari ghurub (terbenam) kurang dari 12 darjah. 

Kenampakan hilal bergantung kepada banyak faktor. Antaranya keadaan ufuk dan cuaca seperti wap air, debu, awan dan hujan. Kedudukan hilal boleh berada samada di atas sebelah kanan atau kiri matahari. Jika hilal berada di sebelah bawah matahari maka ia tidak akan dapat dilihat kerana ia akan terbenam lebih awal dari matahari. 

Lamanya hilal boleh dilihat di atas ufuk bergantung kepada beza masa terbenam diantara matahari dengan bulan. Jika matahari terbenam jam 19:30 dan bulan 19:57 maka hilal berada selama 27 minit di atas ufuk dan dalam tempoh ini hilal boleh dilihat. Walau bagaimana pun keadaan ini bergantung kepada keadaan cuaca mungkin dalam tempoh tersebut hilal hanya boleh dilihat beberapa minit sahaja. 

Berikut disertakan contoh kiraan berdasarkan data rukyah Hilal Ramadhan 1435H / 2014M - KOMPLEKS FALAKAL-KHAWARIZMI, JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

Bagaimanapun, perlu dinyatakan disini bahawa ketetapan akhir bagi tarikh mula puasa dan raya akan dibuat melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam hari merukyah hilal melalui media eletronik dan massa.

  • Hari Mula Puasa Bagi Tahun 2014 M (1 Ramadan 1435 H)


·       Tarikh 29 Syaaban 1435 H                   =          27 Jun 2014 M
·       Ijtimak berlaku                                      =          27 Jun 2014 M  jam 4:09:39 petang
·       Bulan terbenam                                     =          7:23:42 petang
·       Azimuth bulan ketika
matahari terbenam (maghrib)                  =          288° 29' 46"
·       Matahari terbenam                                 =          7:23:10 petang
·       Azimuth matahari ketika maghrib            =          293° 22' 43"

·       Ketinggian hilal atas ufuk ketika maghrib  =        -00° 17’ 58”
              
             ·      Jarak lengkong antara tengah
           hilal ke piring matahari ketika maghrib      =         04° 53’ 02”
·       Umur hilal dari ijtimak hingga terbenam   =          03 jam 15 minit


Memandangkan hasil hisab menunjukkan bahawa Kriteria Imkanurukyah 1991 tidak di penuhi, maka hari berikutnya menjadi 30 Syaaban 1435H (28 Jun 2014 M). Oleh itu,

1 Ramadan 1435 H =        29 Jun 2014 M (Ahad)









Monday, 23 June 2014

Mesyuarat Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H

Bertempat di bilik mesyuarat PJI UiTM Perlis, telah berlangsung mesyuarat pelarasan akhir Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H, diantara AJK dalaman UiTM, ADUN Simpang Empat, Wakil pejabat mufti Perlis, Wakil JAIPS, wakil Jupem. Mesyuarat hari ini merupakan kesinambungan daripada siri mesyuarat yang telah di adakan bagi menjayakan program pada tahun ini.

Untuk makluman, Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H akan diadakan selama sehari setengah bermula pada petang khamis 26 Jun 2014 dengan aktiviti Gotong Royong membersihkan masjid Amer Fawwaz dan sekitarnya.

Pada Jumaat 27 Jun 2014 pula dijangka akan diadakan perasmian Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H oleh YB Simpang Empat diikuti  sesi perkongsian idea dan cadangan pembinaan monumen arah kiblat utuk kawasan perkuburan Islam sebagai panduan arah kiblat.

Pada sebelah petang selepas solat Jumaat, akan diadakan majlis ilmu Falak – kaedah penentuan dan cerapan bulan baru dalam Islam, yang akan disampaikan oleh wakil UiTM dan JUPEM Perlis dan di jangka selesai sebelum Asar.

Pada jam 6.30 petang pula akan berlangsung aktiviti kemuncak iaitu cerapan  hilal @ penentuan anak bulan Ramadhan 1435H. sebanyak 5 stesen cerapan disediakan untuk pihak UiTM @ JSUG Perlis dimana 3 daripadanya digunakan untuk berkongsi bersama pengunjung pada hari tersebut.

Orang ramai dijemput hadir di Masjid Amir Fawwaz dan Tapak cerapan Hilal di Kuala Sungai Baru.



Tuesday, 27 May 2014

Semak arah kiblat

Entri kali ini JSUG Perlis ingin berkongsi satu kaedah mudah bagaimana untuk menyemak arah kiblat. 

Esok, 28 Mei 2014 (Rabu) orang ramai boleh menyemak ketetapatan arah kiblat di kediaman masing-masing kerana esok pada jam 5.16 petang kita boleh menyemak arah kiblat melalui kaedah istiwa' matahari di kaabah. Ia hanya berlaku 2 kali dalam setahun. jadi jangan lepaskan peluang ini - sumber JAKIM




Tentang Semakan Kiblat

Merujuk kepada Institut Latihan Islam Malaysia penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan 7 cara:


•  Kaedah matahari terbenam.
•  Kaedah lintasan bayang matahari.
•  Kaedah peralatan moden.
•  Kaedah matahari istiwa atas Kaabah.
•  Kaedah matahari pada zenith Kaabah.
•  Kaedah buruj bintang.
•  Kaedah fasa bulan. 

 Kaedah matahari istiwa atas Kaabah.

Di Malaysia, fenomena istiwa atas Kaabah berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada:

  28 Mei tepat pada pukul 5.16 petang, dan

 16 Julai tepat pada pukul 5.28 petang

Apa yang perlu di lakukan? 

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. [Rujuk gambar dibawah]
  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Kredit: http://muzir.wordpress.com
Sumber: 
1. http://www.falak-online.net
2. http://www.ilim.gov.my/

Ringkasan:
  • Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
  • Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
  • Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
  • Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
  • Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.
Sumber:
http://epondok.wordpress.com

Arah kiblat tepat mengarah ke Kaabah adalah penting kerana ianya merupakan antara syarat sah solat sama ada solat fardhu ataupun sunat.




Salam Isra' Mikraj

Dikesempatan ini JSUG Perlis mengucapkan selamat menyambut Isra' Mikraj, satu peristiwa penting di dalam Islam.



Kredit Foto: ikim.fm

Thursday, 22 May 2014

Bengkel Penulisan Monograf dan Jurnal

Minggu ini staf JSUG didedahkan dengan teknik penulisan monograf dan penulisan artikel jurnal oleh En Zaki Dahlan dan PM Dr Sr Zulkiflee Abd Latif. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh para pensyarah di dalam meningkatkan hasil penerbitan masing-masing. Bengkel ini adalah hasil usaha Sr Noorzalinaee dan KPP yang berusaha membawa PM Dr Sr Zulkiflee Abd Latif, wakil dar RMI UiTM Shah Alam memberi penerangan berkaitan trend terkini di dalam penulisan untuk penerbitan jurnal.


Sports Day

Sabtu 17 Mei yang lalu, anak-anak didik JSUG Perlis telah mengerah keringat fizikal mereka menjayakan program hari sukan Fakulti yang dikelolakan oleh pelajar semester 6. Tahniah kepada pemenang dan yang lebih penting tahniah kepada semua yang menjayakan aktviti.


Ucapan aluan pengarah aktiviti

Amanat daripada KPP


Gimik Perasmian



Kita Senam robik dulu


renganggan otot





 

Blogger news

Blogroll