Dikesempatan ini JSUG Perlis mengucapkan selamat menyambut Isra' Mikraj, satu peristiwa penting di dalam Islam.
Kredit Foto: ikim.fm
Tuesday, 27 May 2014
Thursday, 22 May 2014
Bengkel Penulisan Monograf dan Jurnal
Minggu ini staf JSUG didedahkan dengan teknik penulisan monograf dan penulisan artikel jurnal oleh En Zaki Dahlan dan PM Dr Sr Zulkiflee Abd Latif. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh para pensyarah di dalam meningkatkan hasil penerbitan masing-masing. Bengkel ini adalah hasil usaha Sr Noorzalinaee dan KPP yang berusaha membawa PM Dr Sr Zulkiflee Abd Latif, wakil dar RMI UiTM Shah Alam memberi penerangan berkaitan trend terkini di dalam penulisan untuk penerbitan jurnal.
Sports Day
Sabtu 17 Mei yang lalu, anak-anak didik JSUG Perlis telah mengerah keringat fizikal mereka menjayakan program hari sukan Fakulti yang dikelolakan oleh pelajar semester 6. Tahniah kepada pemenang dan yang lebih penting tahniah kepada semua yang menjayakan aktviti.
Ucapan aluan pengarah aktiviti
Amanat daripada KPP
Gimik Perasmian
Kita Senam robik dulu
renganggan otot
Pra-mesyuarat Program Hilal Ya' Ramadhan
Pada 24 Mei 2013 JSUG Perlis bersama wakil Majlis Agama Islam Perlis dan Ketua Pengarah Ukur Jupem Perlis dan Timbalannya telah mengadakan satu pra-mesyuarat bagi menghalusi perjalanan program cerapan hilal "Ya' Ramadhan". Setiap tahun JSUG Perlis tidak pernah ketinggalan menyertai program cerapan penentuan anak bulan bagi tarikh Ramadhan. Namun pada tahun ini, JSUG Perlis berhasrat untuk menjayakan program ini pada satu tahap yang lebih besar, bak kata orang nak buat lebih "Grand".
Harapan JSUG Perlis kali ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran kami kepada masyarakat khususnya penduduk dan pelajar sekolah, kolej komuniti, IPT yang berada di sekitar Perlis
Harapan JSUG Perlis kali ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran kami kepada masyarakat khususnya penduduk dan pelajar sekolah, kolej komuniti, IPT yang berada di sekitar Perlis
Wednesday, 14 May 2014
Konvokesyen Kali ke 80
Tahniah kepada graduan ISM Sains Ukur dan Geomatik dan Diploma Sains Geomatik/ Geomatik (GIS) / Geomatik (Sumber Alam) di atas kejayaan anda. Kerja keras dan berkat doa ibu bapa, akhirnya kalian di anugerahkan Ijazah dan Diploma. Semoga maju jaya menempuh bab baru di dalam kehidupan.
Klik sini untuk senarai penuh penerima Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Geomatik
Wednesday, 7 May 2014
Friday, 2 May 2014
Patah Tumbuh Hilang Berganti.
Pada Rabu 30 April 2014 yang lalu JSUG mengadakan majlis jamuan perpisahan buat tiga pensyarah yang telah menabur bakti di UiTM Perlis dalam melahirkan bakal-bakal jurukur. Majlis rigkas ini diadakan bagi menghargai jasa yang telah mereka curahkan kepada JSUG Perlis dan UiTM.
Buat En Hasif, En Hazim dan Pn Rozi, semoga kalian berjaya di dalam bidang yang diceburi, dan Insya Allah kembali semula di dalam perspektif yang berbeza untuk menabur pengalaman kepada bakal-bakal graduan ukur. Mungkin menjadi juru runding kepada JSUG lepas ni...
Terima kasih buat semua yang menjayakan program ini, terutama kepada KPP dan KK yang meluangkan masa menghadiri majlis ini. Kredit kepada en Fazly Amri Muhammad (FAM) untuk gambar majlis.
Buat En Hasif, En Hazim dan Pn Rozi, semoga kalian berjaya di dalam bidang yang diceburi, dan Insya Allah kembali semula di dalam perspektif yang berbeza untuk menabur pengalaman kepada bakal-bakal graduan ukur. Mungkin menjadi juru runding kepada JSUG lepas ni...
![]() |
| Bakal Jurukur Berlesen |
![]() |
| Bergambar kenang-kenangan bersama rakan sejawat |
![]() |
| Tak sabar nak makan.. |
![]() |
| Semoga En Hazim berjaya di dalam bidang perniagaan yang diusahakannya. Boleh sponsor JSUG Perlis lepas ni |
![]() |
| Wakil Pn Rozi, maybe wife dapat PhD dulu kot |
![]() |
| Gaya seorang surveyor, Good Luck Sr Hasif. |
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
























