Tarikh: 26 & 27 Jun 2014
Tempat: Masjid Ameer Fawwaz, Simpang Empat & Tapak cerapan hilal, Kuala Sg Baru,Perlis,
Bersempena
kedatangan bulan Ramadhan 1435H, JSUG Perlis, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan Kelab Astronomi UiTM
Perlis telah menganjurkan Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H pada yang lalu dengan kerjasama daripada Parlimen
Arau, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan
Mufti Negeri Perlis, Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis (JUPEM) dan Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs). Objektif utama penganjuran program ini
adalah untuk memberi galakan dan peluang kepada pelajar UiTM dan mengeratkan
perpaduan sesama masyarakat setempat.


Keesokannya,
pada 27 Jun 2014 program diteruskan lagi dengan perasmian program oleh YB Tuan
Nurulhisyam Bin Yaakob, Adun Simpang Empat. Antara tetamu yang hadir pada
upacara perasmian ini ialah Timbalan Rektor HEP UiTM Perlis, En. Zailuddin Bin
Ariffin mewakili Rektor UiTM Perlis, Sr Sazali Bin Mahmud, Naib Pengerusi
Program mewakili Ketua Pusat Pengajian UiTM Perlis, wakil SMK Syed Saffi,
Perlis, wakil-wakil media, ahli-ahli qariah masjid, pensyarah UiTM Perlis serta
para pelajar UiTM Perlis. Antara pengisian program adalah kenduri kampung,
program hijrah minda anjuran MAIPs, perkongsian ilmu falak dan cerapan hilal.
Program ini dirasmikan Pada program ini, Sr Norshahrizan Bin Mohd Hashim,
Pensyarah FSPU telah menyampaikan perkongsian idea dan cadangan monumen arah
kiblat. Seterusnya, majlis pada sebelah petang diakhiri dengan upacara
penyampaian cenderahati oleh Sr Sazali Mahmud kepada tetamu VIP yang
hadir.

