Thursday, 26 June 2014
Hilal Ya Ramadhan
Entry kali ini ingin berkongsi tentang
kaedah penentuan 1 Ramadhan di Malaysia. Setiap tahun umat Islam di seluruh
dunia akan bertemu dengan bulan Ramadhan dimana menuntut umatnya berpuasa selama
sebulan dan selepas itu meraikannya dengan Aidilfitri di bulan Syawal.
Namun bagaimanakah sesuatu permulaan bulan
di dalam Kalendar Islam ditentukan?
Asas astronomi bagi Takwim Islam iaitu Takwim
Hijriah adalah berdasarkan sistem Qamariyyah di mana ianya berpandukan kepada
peredaran bulan mengelilingi bumi.
‘Mereka itu bertanya
kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu tanda-tanda
waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji’
Surah Al-Baqarah: 189
Dan Kami telah tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah
sehingga (setelah dia sampai kemanzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai
bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam
pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya ’
-
Surah Yasin ayat: 39-40
Daripada kedua-dua ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa bulan
digunakan sebagai rujukan perubahan hari, bulan dan tahun di dalam Takwim
Islam. Bulan adalah satu badan
cakerawala beredar mengelilingi bumi dari arah barat ke timur. Bulan mengambil
masa selama 27.32 hari bagi melengkapi satu pusingan mengelilingi bumi. Tempoh
waktu yang diambil oleh bulan untuk melengkapkan pusingan dengan bumi beserta
matahari (matahari, bulan dan bumi berkedudukan di atas longitud yang sama)
pula ialah selama 29.53 hari dan dikenali juga sebagai satu bulan ijtimak.
Tempoh satu bulan ijtimak tidak sentiasa sama (29.53 hari) di sebabkan pengaruh
tarikan planet-planet di sekeliling.
Dalam tempoh
peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat dilihat dari bumi:
*
Fasa
Pertama : Ijtimak (bulan gelap) dan hilal
*
Fasa
kedua : Bulan pada suku pertama
*
Fasa
Ketiga : Bulan pada suku kedua (bulan purnama)
*
Fasa Keempat : Bulan pada suku ketiga
Apa itu Ijtimak?
Ijtimak adalah fenomena dimana bumi, bulan dan
matahari berada didalam longitud yang sama, iaitu ketiga-tiga jasad tersebut
berkesedudukan didalam satu garisan. Akibat daripada penyusunan ini, bulan akan
membelakangi matahari. Bayang bulan akan terhasil dan sekiranya ia jatuh keatas
permukaan bumi, maka terjadilah gerhana matahari.
Kaitan Ijtimak dan penentuan awal bulan
Di dalam taqwim Islam jumlah hari ialah 29 atau 30 hari dan
untuk menentukannya dengan melihat hilal. Hal ini dinyatakan di dalam hadis
yang bermaksud
" Hanya
sesungguhnya bulan (Islam) bilangannya dua puluh sembilan hari, oleh itu
janganlah berpuasa sehingga kamu melihat hilal dan jangan kamu berbuka sehingga
kamu melihatnya sekiranya dilindungi ke atas kamu (oleh awan dsb) maka
hitunglah atau kirakanlah dia"
(Bukhari dan Imam Ahmad)
(Bukhari dan Imam Ahmad)
Berdasarkan hadis di atas untuk menentukan awal bulan
dengan melihat hilal pada hari ke 29. Sekiranya hilal kelihatan maka bermulalah
1 haribulan pada maghrib tersebut dan jika tidak kelihatan maka keesokan
harinya digenapkan menjadi 30 haribulan. Sebagai contoh sekiranya hilal
kelihatan pada petang Isnin 29 Syaaban (27 Jun 2014) maka maghrib itu sudah
dikira masuk 1 Ramadhan dan berpuasalah umat Islam pada keesokan harinya.
Sebaliknya jika hilal tidak kelihatan maka hari Sabtu 28 Jun 2014 digenapkan
menjadi 30 Syaaban dan 1 Ramadhan jatuh pada Ahad 29 Jun 2014.
Penentuan hilal
boleh di lakukan dalam tiga cara;
- Rukyah,
- Hisab falak, dan
- Rukyah-hisab dengan kriteria imkanur-rukyah.
Di Malaysia, penentuan
awal bulan hijrah menggunakan kaedah rukyah-hisab dengan kriteria
imkanur-rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal yang mana memenuhi
dua kriteria berikut:
- Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal (anak bulan) di atas
ufuk tidak kurang daripada 2 darjah dan jarak lengkung bulan-matahari
tidak kurang dari 3 darjah,
- Ketika hilal (anak bulan) terbenam, umur hilal tidak kurang daripada lapan jam selepas ijtimak berlaku.
Hilal
boleh dilihat dengan mata kasar tetapi dalam keadaan yang tertentu memerlukan
alat seperti binokular, teleskop dan teodolit. Melihat hilal mestilah di ufuk
barat kerana ia dilihat ketika matahari terbenam. Keadaan ufuk samada ufuk laut
atau darat mestilah tiada apa-apa halangan yang boleh menghalang kenampakan
hilal seperti pulau, pokok, bukit dan sebagainya. Ini kerana altitud
(ketinggian) hilal ketika matahari ghurub (terbenam) kurang dari 12 darjah.
Kenampakan hilal bergantung kepada banyak faktor. Antaranya keadaan ufuk dan
cuaca seperti wap air, debu, awan dan hujan. Kedudukan hilal boleh berada samada di atas
sebelah kanan atau kiri matahari. Jika hilal berada di sebelah bawah matahari
maka ia tidak akan dapat dilihat kerana ia akan terbenam lebih awal dari
matahari.
Lamanya
hilal boleh dilihat di atas ufuk bergantung kepada beza masa terbenam diantara
matahari dengan bulan. Jika matahari terbenam jam 19:30 dan bulan 19:57 maka
hilal berada selama 27 minit di atas ufuk dan dalam tempoh ini hilal boleh
dilihat. Walau bagaimana pun keadaan ini bergantung kepada keadaan cuaca
mungkin dalam tempoh tersebut hilal hanya boleh dilihat beberapa minit
sahaja.
Berikut
disertakan contoh kiraan berdasarkan data rukyah Hilal Ramadhan 1435H / 2014M - KOMPLEKS FALAKAL-KHAWARIZMI, JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.
Bagaimanapun, perlu dinyatakan disini
bahawa ketetapan akhir bagi tarikh mula puasa dan raya akan dibuat melalui
pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam hari merukyah
hilal melalui media eletronik dan massa.
- Hari Mula Puasa Bagi Tahun 2014 M (1 Ramadan 1435 H)
· Tarikh 29
Syaaban 1435 H = 27
Jun 2014 M
· Ijtimak
berlaku = 27
Jun 2014 M jam 4:09:39 petang
· Bulan
terbenam = 7:23:42
petang
· Azimuth
bulan ketika
matahari
terbenam (maghrib) = 288° 29' 46"
· Matahari
terbenam = 7:23:10
petang
· Azimuth
matahari ketika maghrib = 293° 22' 43"
· Ketinggian
hilal atas ufuk ketika maghrib = -00° 17’ 58”
· Jarak lengkong antara tengah
hilal ke piring matahari ketika maghrib = 04°
53’ 02”
· Umur hilal dari
ijtimak hingga terbenam = 03 jam 15 minit
Memandangkan hasil
hisab menunjukkan bahawa Kriteria Imkanurukyah 1991 tidak di penuhi, maka hari
berikutnya menjadi 30 Syaaban 1435H (28 Jun 2014 M). Oleh itu,
1 Ramadan 1435 H =
29 Jun 2014 M (Ahad)
Monday, 23 June 2014
Mesyuarat Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H
Bertempat di bilik mesyuarat PJI UiTM Perlis, telah berlangsung mesyuarat pelarasan akhir Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H, diantara AJK dalaman UiTM, ADUN Simpang Empat, Wakil pejabat mufti Perlis, Wakil JAIPS, wakil Jupem. Mesyuarat hari ini merupakan kesinambungan daripada siri mesyuarat yang telah di adakan bagi menjayakan program pada tahun ini.
Untuk makluman, Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H akan diadakan selama sehari setengah bermula pada petang khamis 26 Jun 2014 dengan aktiviti Gotong Royong membersihkan masjid Amer Fawwaz dan sekitarnya.
Pada Jumaat 27 Jun 2014 pula dijangka akan diadakan perasmian Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H oleh YB Simpang Empat diikuti sesi perkongsian idea dan cadangan pembinaan monumen arah kiblat utuk kawasan perkuburan Islam sebagai panduan arah kiblat.
Pada sebelah petang selepas solat Jumaat, akan diadakan majlis ilmu Falak – kaedah penentuan dan cerapan bulan baru dalam Islam, yang akan disampaikan oleh wakil UiTM dan JUPEM Perlis dan di jangka selesai sebelum Asar.
Pada jam 6.30 petang pula akan berlangsung aktiviti kemuncak iaitu cerapan hilal @ penentuan anak bulan Ramadhan 1435H. sebanyak 5 stesen cerapan disediakan untuk pihak UiTM @ JSUG Perlis dimana 3 daripadanya digunakan untuk berkongsi bersama pengunjung pada hari tersebut.
Orang ramai dijemput hadir di Masjid Amir Fawwaz dan Tapak cerapan Hilal di Kuala Sungai Baru.
Untuk makluman, Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H akan diadakan selama sehari setengah bermula pada petang khamis 26 Jun 2014 dengan aktiviti Gotong Royong membersihkan masjid Amer Fawwaz dan sekitarnya.
Pada Jumaat 27 Jun 2014 pula dijangka akan diadakan perasmian Program Selamat Datang Ya Ramadhan 1435H oleh YB Simpang Empat diikuti sesi perkongsian idea dan cadangan pembinaan monumen arah kiblat utuk kawasan perkuburan Islam sebagai panduan arah kiblat.
Pada sebelah petang selepas solat Jumaat, akan diadakan majlis ilmu Falak – kaedah penentuan dan cerapan bulan baru dalam Islam, yang akan disampaikan oleh wakil UiTM dan JUPEM Perlis dan di jangka selesai sebelum Asar.
Pada jam 6.30 petang pula akan berlangsung aktiviti kemuncak iaitu cerapan hilal @ penentuan anak bulan Ramadhan 1435H. sebanyak 5 stesen cerapan disediakan untuk pihak UiTM @ JSUG Perlis dimana 3 daripadanya digunakan untuk berkongsi bersama pengunjung pada hari tersebut.
Orang ramai dijemput hadir di Masjid Amir Fawwaz dan Tapak cerapan Hilal di Kuala Sungai Baru.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)